Ahad, 22 Julai 2012

ANDAI LANGKAH INI TERHENTI. 

Ya ALLAH,
Kadang-kadang aku termenung sendiri melihat dunia yang semakin hari semakin menguji cintaku yang telah lama berbunga padaMu...

Ya ALLAH,
Aku kadang-kadang tidak mengerti, mengapa ujian dariMu terkadang membuatku jatuh dan tak mampu untuk berdiri gagah lagi...

Ya ALLAH,
Aku juga tak mengerti mengapa cintaku padaMu cepat benar pudar sedangkan sebelum ini aku adalah sang pencintaMu yang utuh..

Ya ALLAH,
Aku sangat mengerti di saat aku memilih jalan lain untuk meneruskan hidup ini. Kau tetap memberi nikmat padaku, walau aku sentiasa ingkar padaMu... Saat itu, tiada lain yang aku rasakan melainkan rasa kerdilnya aku dihadapanMu... 

Ya ALLAH, 
Walau hatiku cuba berlari jauh dari hidayahMu,,, hakikatnya Engkau tak pernah melupakan aku yang berdosa ini... Tetap juga kesempatan untuk kembali pada jalanMu itu kau beri padaku...

Ya ALLAH,
Sesungguhnya aku benar2 terseksa andai jauh dari jalanMu.. Aku tak mampu menipu diriku sendiri,, sedangkan Engkau lebih mengetahui...

Ya ALLAH,
Aku tahu ujianMu adalah tanda sayangnya Engkau pada hamba2Mu  bukan melemahkan aku...

Wallahualam...

Sabtu, 18 Februari 2012

Ibu...Aku rindu...

Ibu,
Dulu kau rela berkorban apa sahaja demi kejayaan aku,
Demi membantuku untuk mencapai impianku,
Impian aku!
Bukan impianmu..
Namun, kau tetap membantuku,

Ibu...
Kini aku telah jauh di perantauan,
Bersama sejuta dugaan yang belum pasti mampukah aku menghadapinya?
Aku kira,
Dugaanmu lagi besar berbanding dugaanku...

Ibu aku amat rindukan belaianmu,
Kerana kau dan aku ibarat satu,
Kau umpama belahan jiwaku,
Kerana aku adalah belahan jiwamu jua.....

Aku dan tudung labuh...

Tudung labuh....

Walau kau hanya sehelai tudung,
Namun,
Kau bukan sebarang tudung,
Kau amat bernilai,
Bagi wanita yang tahu untuk menilaimu,

Amat menyedihkan,
Bila memakaimu aku dipinggirkan,
Diabaikan,
Tidak kurang ditertawakan...

Segalanya membuatkan aku seolah-olah mahu pergi meninggalkanmu,
Aku mahu seperti dulu,

Seperti dulu?
Benarkah aku mahu seperti dahulu?

Dahulu,
Aku tidak tahu menjaga batas,
Kerana tudungku juga sangat singkat,
Sehingga yang melihat akan terbabas...

Namun,
Kini aku rasa selamat dengan tudung labuhku,
Bukan mahu menunjuk betapa alimnya aku,
TIDAK!!!

Aku mahu mengatakan betapa selamatnya aku bila memakaimu,
Lelaki mula menundukkan pandangan bila memandangku,
Aku juga menjadi malu...

Aku menentang keras-kerasan insan yang mengatakan memakai tudung labuh akan lewat bertemu jodoh...

TIDAK!!!

Jodoh kami akan datang apabila kami sudah sedia menjadi isteri solehah,
Bukan lelaki yang sembarangan yang akan menghampiri kami,
Hanya dia...
Lelaki yang menjaga kesucian hatinya...
Bukan lelaki jalanan yang tidak ada tujuan hidup,

Wahai dunia,,,

Aku sudah tidak peduli apa pandangan kalian tentang aku dan tudung labuh kegemaranku,
Kerana aku hanya mahu pedulikan pandangan kekasih hatiku...

ALLAH yang Maha Berkuasa....